Monday, 2 July 2012

#16 Kad Diskaun Siswa


Pelbagai respon yang diberikan pada Admin di facebook.. Ada yang menyambut baik berita mengenai pelancaran Kad Diskaun Siswa dan ada yang menyatakan bahawa kad diskaun hanyalah agenda kerajaan.. Admin TIDAK menyebelahi mana-mana pihak! Tetapi sebagai seorang pelajar, Admin amat bersyukur kerana beban Admin tanggung akhirnya dibantu dan digalas bersama oleh kerajaan yang memperkenalkan Kad Diskaun Siswa..


Jadi, sebagai seorang siswa adalah kami amatlah menyambut baik hasrat murni kerajaan untuk membantu meringankan beban siswa dan siswi di IPT.. Apakah manfaat yang akan siswa dan siswi perolehi? Ini maklumat yang admin peroleh dari internet..

> Dapat membantu golongan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) menghadapi kenaikan kos harga barangan.

> Kadar diskaun antara 5% hingga 60%.

Kad ini terhasil daripada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada November tahun lalu.. Akan mula diedarkan di IPT Malaysia mulai September 2012..

Terima kasih kerajaan kerana sudi membantu kami..


Sekian~



p.s: kesahihan sumber ini TIDAK disahkan.

No comments:

Post a Comment