Thursday, 28 June 2012
#14 Panggilan temuduga di UNITEN Kampus Putrajaya!
Assalamualaikum~
Hari aku rasa dah dapat email untuk interview di UNITEN Kampus Putrajaya. Tapi itu apa yang aku mintak waktu aku tengah frust dengan Diploma Accountancy dulu... Time aku apply tu, aku rasa memang dah tak nak belajar lagi.. Tapi bila dah start jadi Trainee Assistant Medical Officer aku dah mula rasa minat untuk belajar dan akan buat yang terbaik... Memang sebelum ni apa yang aku buat semuanya berjaya.. Tetapi tidak untuk kali ini... Sebab aku memang nak abis kan diploma ni untuk aku sambung degree nanti...
Nak dijadikan cerita, UNITEN ni bukanlah universiti pertama yang aku apply untuk kerja.. Tetapi adalah universiti yang ke berapa pun aku tak pasti.. Sebab, masa aku fresh baru tamat SPM aku terus apply di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk jawatan Pembantu Perpustakaan tetapi aku tolak kononnya nak sambung belajar tapi tak dapat.... Lepas tu, aku apply untuk kerja di Universiti Malaysia Pahang tapi aku tak bagi feedback dekat diorang...
Bukan je kerja si universiti yang aku mintak, aku pon pernah apply untuk kerja di Melaka Medical Center tetapi aku tolak tawaran kerja yang aku dapat selepas melalui pelbagai rintangan semasa interview yang menggunakan wholly Bahasa Inggeris as their primary language...
So, aku bukan menolak tuah atau rezeki yang Allah bagikan kepada aku... Mungkin ada hikmah disebalik semua ini... Harap masih ada lagi rezeki yang Allah akan berikan kepada aku... Insya Allah... Aminn...
Sekian~
Labels:
XDK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment